Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 568

TARIKAN DI LANGKAWI | MAKAM MAHSURI

$
0
0
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. 
 
 
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak. 


MENARIK DI MAKAM MAHSURI


1. Ziarah Makam Mahsuri


Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut. 

2. Raplika Rumah di Sekitar Makam Mahsuri 

info rumah Mahsuri
Rumah Mahsuri
dapur Mahsuri


Katanya untuk buang air senang kat sini, hahaha tak tahu betul ke tak
 
Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
 
Rumah Sri Tama - Panglima Hitam
Rumah Penghulu
 
Rumah Penghulu
Ada banyak lagi sebenarnya tarikan sekitar rumah dan di dalam rumah, tapi kalau aku masukkan kat dalam ni semua, kau tak nak datang sendiri jejakkan kaki kat sini kan. hehe

3. Perigi 

Info Telaga Mahsuri

Telaga Mahsuri
Telaga Mahsuri terletak tidak berapa jauh dari makamnya. Air telaga ini telah digunakan untuk mandi dan mencuci semasa Mahsuri lahir ke dunia. Telaga ini telah digunakan hingga ke akhir hayatnya dan juga telah digunakan untuk memandikan jenazah Mahsuri. Katanya, air telaga ini dapat menyembuhkan penyakit kulit. wallahualam 

3. Mini Muzium Mahsuri


Kat sini tak boleh amik gambar, so gambar di atas ni sumber google. Aku kat sini lama tau. Sampai eyra dah makan buah kat luar. hahaha. Aku sejenis suka dengan sejarah yang jenis macam ni. Tak tahu sejak bila suka sejarah. Yang pasti masa zaman sekolah tidur jee masa cikgu sejarah mengajar. hahaha

5. Raplika di sekitar Makam Mahsuri



Wan Aishah, Generasi ke 7 Mahsuri (lawa jugak)

raplika tombak


Korang juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini.  Kalau menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma.
 
Harga Tiket Makam Mahsuri
 
 
Harga tiket Makam Mahsuri 2018, masa aku survey sebelum jejakkan kaki ke Langkawi harga tiket RM7.00 untuk dewasa. Yaa, ini bermaksud harga akan berubah bila-bila masa saja.

Tiket bagi warganegra (tunjuk kad pengenalan siap-siap)

Dewasa : RM 12.00
Kanak-kanak : RM 6.00


-------------------------------------------------------------------
Info Lanjut :

Waktu Operasi:
 8am - 6pm (Isnin-Jumaat)
8am - 6:30pm (Sabtu & Ahad)

Lokasi & Hubungi:
Makam Mahsuri's
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka.
Phone: +604-955 6055;

Viewing all articles
Browse latest Browse all 568